Laman wordpress malaysia
Orang lain mungkin sudah terkehadapan mengenai wordpress. Cuma saya yang masih bertatih. Ada tips dan updated di sana.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Siapa yang tidak kenal Karam Singh Warlia. Wartawan TV yang kaya dengan peribahasanya. Masa saya melawat blog sahabat Bro Rickywan Melaka, terjumpa koleksi peribahasa ini. Saya kira ianya sengaja direka oleh penulis untuk tujuan ‘buat kelakar’ hinggakan saya sendiri pun tergelak. Sebenarnya saya jenis yang payah ketawa.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

Membujur lalu melintang pukang

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

Kua kua kua. Di atas adalah tiga contoh. Mahu banyak lagi peribahasa itu sila ke blog Bro Rickywan. Sekiranya hendak baca entri berkenaan babi pun sudah saya publishkan. Jangan Marah.

Sebelum Borang Maklumat Murid (BMM) ada satu sistem yang kelihatan berguna dan memudahkan pihak sekolah, jabatan dan seterusnya KPM sendiri. Sistem dimaksudkan ialah Sistem Maklumat Murid (SMM). Maka wajarlah sistem SMM ini diguna pakai di seluruh negara.

Tahun 2007 ini diperkenalkan pula BMM. Dalam BMM maklumat murid lebih terperinci. Guru akan jadi bertambah kerjanya pada peringkat awal tetapi cukup menyenangkan apabila pengkalan datanya siap. Untuk makluman rakan-rakan yang berkecimpung secara langsung dengan BMM ini, sistem tersebut tidak perlu dihantarkan datanya ke PPD (setakat ini) sebagaimana SMM yang mana datanya perlu dihantar secara berkala ke PPD.

Walau bagaimana pun, data BMM serta borang dalam bentuk hardcopy hendaklah dikemaskini dan disimpan di tempat yang mudah ‘dicapai’ apabila ada pemantau dari daerah maupun dari jabatan. BMM membantu pihak sekolah (khasnya) apabila pihak Jabatan memerlukan data status murid seperti dalam kes mengagihkan bantuan KWAMP dan seumpamanya. Pihak sekolah tidak perlu meminta ibu bapa mengisi borang lain, tetapi memadai dengan borang yang tersedia di dalam BMM. Itupun dengan syarat sistem tersebut dikemaskini.

SKALK, 3 Mac – Sebaik sahaja ‘on’ kan YM sudah ada beberapa rakan baru yang menunggu untuk di add kan ke list. Dengan tidak fikir panjang aku ADD saja mereka ini. Salah seorang yang kebetulan online ialah Eriyza dari Kemaman. Maka berlangsung lah perbualan yang panjang dalam pertemuan siber yang pertama. Aku suka ‘melayan’ walaupun sebenarnya banyak kerja yang aku perlu siapkan hari ini.

Bila aku masuk di sini, ada mesej dari al-marbawi untuk tukar link dengan blog hampeh aku ini. OK la… kita tukar link saja. Tapi di sini takder apa-apa yang kalian cari. Cuma kalau berminat nak siasat latar belakang aku, boleh la sikit-sikit kot. Sebab aku biasanya teruk log kerja aku di sini.

Satu perkara yang saya nak puji pasal wordpress ini ialah, laju masa loading dan apabila kita buat updated. Tak mustahil kalau suatu hari nanti, aku akan pindah ke sini sepenuhnya. Masih dalam ‘pemerhatian’ He he he.

Kasar, 1 Mac – Tiba-tiba kepala hotak terasa sebu. Banyak agenda sepanjang hari ini. Berbaju batik, maka aku kena ke PPD pukul 8.00am sebab ada mesyuarat SPBT di Pejabat Kewangan.

Agenda kedua pula – Mesyuarat Majlis Tilawah Zon Setiu Barat di SK Merbau Menyusut. Itu pukul 10.00am. Kena minta bantuan ustazah Zaiton ke mesyuarat itu nanti. Mana mungkin 2 mesyuarat pada satu masa.

Ketiga – Mesyuarat Panatia di SMK Bandar KTR. Ustazah juga kena ke sana sebab tugasan di PPD belum selesai.

Penyelesaian:
Mesyuarat 2 dan 3 – serahkan kepada Ustazah. Pandai-pandai dia lah. Aku ke Mesyuarat Buku Teks di PPD. Ces! pukul 4.30pm belum siap lagi. Dahsyat.

Langkap, 24 Feb – Ceramah Politik diadakan malam ini di Markas PAS Langkap. Ada pihak yang kata “ceramah penerangan parti”. Penceramahnya ialah Ust Nik Muhamad Zawawi Salleh (AJK Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu), Ust Zulkifli Yaakob (AJK PAS Kawasan Kuala Krai Kelantan) dan Tn Hj Che Ghani Ambak (bekas Alhi Parlimen Setiu).

10.00am – Aku gotong royong di surau bukit merah. Mereka sembelih lembu dua ekor untuk jamuan hari ini.

Tergerak untuk menulis mengenai pra-sekolah ini kerana teringat pada pertanyaan DBI suatu ketika dulu. Sudah lama, kira-kira sebulan yang lalu. Cuma saya tidak tahu bagaimana menjawabnya. Kini baru dapat maklumat yang diperlukan itu setelah saya merujuk kepada JU Pra Sekolah yang kebetulan sama sekolah dengan saya.

Syarat untuk masuk

1. Umur mestilah 6 tahun. Dalam kes tertentu seperti kekurangan murid, maka calon 5 tahun diterima masuk. Satu kelas sekurang-kurangnya 25 murid.

2. Pendapatan penjaga RM700 ke bawah. Lebih dari itu minta maaf lah. Pihak kerajaan juruskan untuk golongan miskin. Mana-mana yang ada kemampuan kena ke TABIKA.

3. Warganegara.

4. Yuran – hanya RM4.50 setahun sahaja, tidak termasuk Yuran buku kerja yang mungkin dikenakan. Biasalah… mahukan anak pandai. Berbeza sikit dengan TABIKA yang banyak kepada menyanyi.

Kira-kiranya itulah serba sedikit yang biasa ditanya.

14 Feb – Perjumpaan ahli Kelab Seni dan Komputer dijalankan buat pertama kali di perpustakaan. Ahli tidak ramai, hanya 16 orang sahaja. Maklumlah sekolah kecil. Perjumpaan pertama kali ini dijalankan 1 jam sahaja. Pihak sekolah menetapkan perjumpaan setiap hari rabu minggu 1 dan 2.

3.30pm – bergegas ke Bdr Permaisuri untuk menghantarkan surat jawapan tawaran mengajar Yayasan Islam Terengganu kelas KAFA. Surat tawaran itu diterima seminggu yang lalu. Memang tidak berkesempatan untuk menghantar surat itu secepat mungkin kerana kekangan tugas seharian.

5.15pm – Ke SMKP untuk menjemput anak sulung pakteh di asrama. Sekolahnya bercuti esok (Khamis). Difahamkan cuti peristiwa sekolahnya.

Itulah yang boleh diungkapkan dengan keadaan aku. Tiba-tiba saja dilantik sebagai JU HEM. Hj MatMin yang punya idea. Hendak menolak, maklumlah. Bos. Kena ikut juga. Lebih-labih lagi apabila mengenangkan aku masih baru di negeri ini. Lebih-lbih lagi di daerah ini. Daerah kelahiran aku. Sayang. Kalau macam-macam nanti, kena tukar jauh. Naya tu!

JU adalah singkatan kepada Jurulatih Utama. Antara bidang tugas ‘tambahan’ aku itu ialah memantau, membantu, menyelesaikan kerja-kerja berkenaan dengan kemasukan data yang berkaitan dengan HEM di peringkat daerah. HEM pula singkatan Hal Ehwal Murid. Senang cerita, memudahkan kerja Hj Matmin itu lah. Apa yang peliknya tahu pula dia pilih aku jadi JU itu bersama 5 orang guru-guru lain yang berlainan sekolah di daerah Setiu ini. Memang aku suka tolong orang. Itu sifat semula jadi yang aku ada. Bahkan rasa tenang kalau dapat tolong orang, walaupun membebankan diri sendiri.

Aku nak tambah satu item lagi. Baru lah entri ini jadi bermakna kepada orang yang menjumpainya. Maksudnya mereka yang berkenaan dengan JU HEM ini lah, iaitu nombor handphone aku iaitu 0137300520. Boleh SMS pada bila-bila masa.