Tergerak untuk menulis mengenai pra-sekolah ini kerana teringat pada pertanyaan DBI suatu ketika dulu. Sudah lama, kira-kira sebulan yang lalu. Cuma saya tidak tahu bagaimana menjawabnya. Kini baru dapat maklumat yang diperlukan itu setelah saya merujuk kepada JU Pra Sekolah yang kebetulan sama sekolah dengan saya.

Syarat untuk masuk

1. Umur mestilah 6 tahun. Dalam kes tertentu seperti kekurangan murid, maka calon 5 tahun diterima masuk. Satu kelas sekurang-kurangnya 25 murid.

2. Pendapatan penjaga RM700 ke bawah. Lebih dari itu minta maaf lah. Pihak kerajaan juruskan untuk golongan miskin. Mana-mana yang ada kemampuan kena ke TABIKA.

3. Warganegara.

4. Yuran – hanya RM4.50 setahun sahaja, tidak termasuk Yuran buku kerja yang mungkin dikenakan. Biasalah… mahukan anak pandai. Berbeza sikit dengan TABIKA yang banyak kepada menyanyi.

Kira-kiranya itulah serba sedikit yang biasa ditanya.