Kasar, 1 Mac – Tiba-tiba kepala hotak terasa sebu. Banyak agenda sepanjang hari ini. Berbaju batik, maka aku kena ke PPD pukul 8.00am sebab ada mesyuarat SPBT di Pejabat Kewangan.

Agenda kedua pula – Mesyuarat Majlis Tilawah Zon Setiu Barat di SK Merbau Menyusut. Itu pukul 10.00am. Kena minta bantuan ustazah Zaiton ke mesyuarat itu nanti. Mana mungkin 2 mesyuarat pada satu masa.

Ketiga – Mesyuarat Panatia di SMK Bandar KTR. Ustazah juga kena ke sana sebab tugasan di PPD belum selesai.

Penyelesaian:
Mesyuarat 2 dan 3 – serahkan kepada Ustazah. Pandai-pandai dia lah. Aku ke Mesyuarat Buku Teks di PPD. Ces! pukul 4.30pm belum siap lagi. Dahsyat.