14 Feb – Perjumpaan ahli Kelab Seni dan Komputer dijalankan buat pertama kali di perpustakaan. Ahli tidak ramai, hanya 16 orang sahaja. Maklumlah sekolah kecil. Perjumpaan pertama kali ini dijalankan 1 jam sahaja. Pihak sekolah menetapkan perjumpaan setiap hari rabu minggu 1 dan 2.

3.30pm – bergegas ke Bdr Permaisuri untuk menghantarkan surat jawapan tawaran mengajar Yayasan Islam Terengganu kelas KAFA. Surat tawaran itu diterima seminggu yang lalu. Memang tidak berkesempatan untuk menghantar surat itu secepat mungkin kerana kekangan tugas seharian.

5.15pm – Ke SMKP untuk menjemput anak sulung pakteh di asrama. Sekolahnya bercuti esok (Khamis). Difahamkan cuti peristiwa sekolahnya.