SKALK, 3 Mac – Sebaik sahaja ‘on’ kan YM sudah ada beberapa rakan baru yang menunggu untuk di add kan ke list. Dengan tidak fikir panjang aku ADD saja mereka ini. Salah seorang yang kebetulan online ialah Eriyza dari Kemaman. Maka berlangsung lah perbualan yang panjang dalam pertemuan siber yang pertama. Aku suka ‘melayan’ walaupun sebenarnya banyak kerja yang aku perlu siapkan hari ini.

Bila aku masuk di sini, ada mesej dari al-marbawi untuk tukar link dengan blog hampeh aku ini. OK la… kita tukar link saja. Tapi di sini takder apa-apa yang kalian cari. Cuma kalau berminat nak siasat latar belakang aku, boleh la sikit-sikit kot. Sebab aku biasanya teruk log kerja aku di sini.

Satu perkara yang saya nak puji pasal wordpress ini ialah, laju masa loading dan apabila kita buat updated. Tak mustahil kalau suatu hari nanti, aku akan pindah ke sini sepenuhnya. Masih dalam ‘pemerhatian’ He he he.