Sebelum Borang Maklumat Murid (BMM) ada satu sistem yang kelihatan berguna dan memudahkan pihak sekolah, jabatan dan seterusnya KPM sendiri. Sistem dimaksudkan ialah Sistem Maklumat Murid (SMM). Maka wajarlah sistem SMM ini diguna pakai di seluruh negara.

Tahun 2007 ini diperkenalkan pula BMM. Dalam BMM maklumat murid lebih terperinci. Guru akan jadi bertambah kerjanya pada peringkat awal tetapi cukup menyenangkan apabila pengkalan datanya siap. Untuk makluman rakan-rakan yang berkecimpung secara langsung dengan BMM ini, sistem tersebut tidak perlu dihantarkan datanya ke PPD (setakat ini) sebagaimana SMM yang mana datanya perlu dihantar secara berkala ke PPD.

Walau bagaimana pun, data BMM serta borang dalam bentuk hardcopy hendaklah dikemaskini dan disimpan di tempat yang mudah ‘dicapai’ apabila ada pemantau dari daerah maupun dari jabatan. BMM membantu pihak sekolah (khasnya) apabila pihak Jabatan memerlukan data status murid seperti dalam kes mengagihkan bantuan KWAMP dan seumpamanya. Pihak sekolah tidak perlu meminta ibu bapa mengisi borang lain, tetapi memadai dengan borang yang tersedia di dalam BMM. Itupun dengan syarat sistem tersebut dikemaskini.