Itulah yang boleh diungkapkan dengan keadaan aku. Tiba-tiba saja dilantik sebagai JU HEM. Hj MatMin yang punya idea. Hendak menolak, maklumlah. Bos. Kena ikut juga. Lebih-labih lagi apabila mengenangkan aku masih baru di negeri ini. Lebih-lbih lagi di daerah ini. Daerah kelahiran aku. Sayang. Kalau macam-macam nanti, kena tukar jauh. Naya tu!

JU adalah singkatan kepada Jurulatih Utama. Antara bidang tugas ‘tambahan’ aku itu ialah memantau, membantu, menyelesaikan kerja-kerja berkenaan dengan kemasukan data yang berkaitan dengan HEM di peringkat daerah. HEM pula singkatan Hal Ehwal Murid. Senang cerita, memudahkan kerja Hj Matmin itu lah. Apa yang peliknya tahu pula dia pilih aku jadi JU itu bersama 5 orang guru-guru lain yang berlainan sekolah di daerah Setiu ini. Memang aku suka tolong orang. Itu sifat semula jadi yang aku ada. Bahkan rasa tenang kalau dapat tolong orang, walaupun membebankan diri sendiri.

Aku nak tambah satu item lagi. Baru lah entri ini jadi bermakna kepada orang yang menjumpainya. Maksudnya mereka yang berkenaan dengan JU HEM ini lah, iaitu nombor handphone aku iaitu 0137300520. Boleh SMS pada bila-bila masa.