KWAMP – Borang permohonan bagi murid tahun 1 siap diprint melalui sistem BMM. Hanya 5 orang yang layak. Difahamkan bantuan itu akan disampaikan bulan April tahun ini juga, bersama-sama dengan bantuan untuk murid tahun 2-9 yang mana permohonan mereka telah dibuat pada tahun lepas (2006)

Adapun permohonan untuk penyampaian bantuan tahun 2008 akan dibuat April tahun 2007 ini. Semenjak menggunakan sistem BMM yang diperkenalkan awal tahun baru-baru ini, proses penyediaan borang menjadi lebih kemas dan cepat. Ibu bapa tidak perlu mengisi borang lagi (berulang kali) kerana borang permohonan sudah terdapat dalam sistem. Guru penyelaras hanya perlu print-out sahaja.

14 Feb – Permohonan yang sudah diproses perlu disenaraikan di dalam borang khas. Satu salinan dihantar ke PPD dalam bentuk hardcopy dan disket. Ustazah Zaiton yang ke hulu ke hilir menguruskannya. 15hb Feb – borang itu perlu sampai ke PPD.