3 Feb – Pantas sekali masa berlalu. Sudah masuk bulan 2 tahun 2007. Kesibukan tugas seharian membuatkan masa berlalu hampir tidak terasa. Pantas. Meninggalkan kita.

Hari ini dapat satu perkara baru iaitu Pinboard yang boleh diletakkan gambar. Saya masih mencuba benda ini. Dikhuatiri nanti ada pihak yang meletakkan gambar yang tidak patut di pinboard itu. Sebab anda juga boleh letakkan gambar anda secara percuma tanpa perlu register.

Minggu ini (minggu pertama) Kak Umi tidak balik rumah, di asrama. Semalam kami sekeluarga ziarah dia, hulur duit jajan RM10.