28 Jan – TIDAK buat kerja lain sepanjang hari kerana memasukkan data murid menggunakan MS Access sepertimana yang dikehendaki oleh JPN.

Kerja ini hari ini baru saya dapat lantaran pegawai yang bertanggungjawab bertukar ke sekolah lain. Hari ini pula dia ambil cuti selama dua hari. Memandangkan desakan masa iaitu pada 30 Jan nanti data itu perlu disiapkan, jadi terpaksalah saya ‘kerjakan’ hingga siap. 30 Jan – satu mesyuarat mengenai perkara ini diadakan di KTR.

Setelah setengah hari bergelumang, baru 10% siap. Alahai…