Kehadiran 2007 menandakan usia kita kian bertambah. Ini bermakna tanggungjawab juga mungkin bertambah.

Terima kasih kepada Tuhan yang memanjangkan usia. Berdoalah kepada-Nya agar diberikan kekuatan dan hidayah untuk segera bertaubat dan dapat menambahkan bekalan hari akhirat yang disifatkan sebagai “bertemu Allah dengan hati sejahtera”

Mari kita eratkan perhubungan sesama insan walau siapapun kita. Bagi saya, orang yang paling mulia ialah orang yang hatinya paling bertakwa. Orang yang bertakwa itu, kalau boleh… saya ingin mendampingi mereka. Salam kenal buat semua, Selamat Tahun Baru 2007.