Dr Shukri Abdullah

Kegagalan bukan bermakna saya telah gagal
ia bermakna saya belum lagi berjaya

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mencapai apa-apa
ia bermakna saya telah pelajari banyak perkara

Kegagalan bukan bermakna saya telah diperbodohkan
ia bermakna saya ada keyakinan kuat untuk mencuba sesuatu

Kegagalan bukan bermakna saya telah diaibkan
ia bermakna saya berani meneroka sesuatu yang baru

Kegagalan bukan bermakna saya saya tidak mendapat apa-apa kejayaan
ia bermakna kini saya perlu lakukan sesuatu dengan cara lain

Kegagalan bukan bermakna martabat saya telah tercemar
ia bermakna bahawa saya bukanlah sempurna

Kegagalan bukan bermakna saya telah membazir hidup saya
ia bermakna saya ada alasan untuk memulakan kehidupan baru

Kegagalan bukan bermakna saya perlu menyerah kalah
ia bermakna saya mesti berusaha lebih kuat lagi

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mungkin akan berjaya
ia bermakna saya perlu banyak bersabar

Orang yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak pernah berbuat apa-apa