Ekoran hujan beginilah maka lipan ini keluar dari tempat persembunyiannya dan merayap masuk rumah. Eeee… memang geli. Warnanya saja sudah cukup. Orang rumah mengetuknya dengan tukul, nasib baik tak pecah mozek. Pecah kepala lipan saja.

lipan

Lipan seperti ini banyak terjadi memasuki rumah terutamanya rumah yang jenis rendah atas tanah. Apabila anda lama meninggalkan rumah, seperti balik kampung dan sebagainya… apabila memasuki rumah tolong cek di tempat-tempat yang munasabah. Cek di bawah lipatan kain, bawah kotak, atau apa-apa benda yang mungkin ia bersembunyi di situ. Beringat sebelum kena. Mungkin tak lah bawa mati kalau digigit lipan, tapi boleh tahan juga sakitnya kot. Saya belum kena.