Assalamualaikum.

Ini yang pertama. Saya tak tahu apa-apa tentang wordpress ini. Pakai redah saja. Di sini adalah blog saya yang mula-mula dulu. Cuma apabila saya melayari lebih jauh, saya terjumpa pula blog yang menggunakan wordpress. Jadi saya mencubanya sahaja di sini.

Dapatlah selepas ini saya merapu sebanyak-banyaknya. Jangan marah ha… Kepada kawan-kawan di luar sana, boleh juga kalau mahu mencuba sesuatu yang baru seperti saya. Belajar try macam ini, kalau dah tahu nanti bikin jadi ‘master’ terus.

Pengalaman saya mencuba software ni sudah banyak. Pendek kata komputer keseluruhannya tak ada apa pun yang saya belajar melalui guru. Cuba jaya sendiri sahaja. Kawan saya kata, “Nahnu naf’aluhu”

Sampai jumpa, Pakteh.